13 December 2011

Akhirnya aku kahwin!!

Assalamualaikum..

Tumpang lalu-lalu sebelum kena booommm!!

Wait3!!! Bukan aku yang kawin ea.. harap maklum.. aku kahwin lambat lagi.. muda lagi aku nie kot.. haha.. Aku nie tak la gatal sangat,banyak tu ada la.. Ahaks! Dah mula la aku nie melalut kan?? whatever la.. Erm masih ingat lagi tentang novel yang aku promote suh bli tu?? apa? tak ingin?? ish! korang nie.. aku smackdown baru tahu.. Ala,novel " Juara Carta Cinta" .. sape2 yang dah baca tu,amacam?? bez tak?? weyh! banyak tanya betol la aku nie..


Ok,dalam episode nie aku nak promote satu lagi novel.. Karya Herna Diana.. Novel nie baru lagi dalam bulan nie.. terlaris jugak... Memang bez citer die.. syok beb.. Gadis yang selamber gitu... 



Didi- gadis ‘comel’ yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering diperma...inkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Kata-kata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya ‘Debab’. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom.

Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

Apa,lagi.. yang kaki novel tu,g bli kat kedai popular ke mane ke.. mane2 je la.. hahaha

No comments:

Post a Comment