16 October 2011

Esok Belum Pasti


Kata orang,hidup perlu ada angan-angan. Barulah kita bersemangat merancang dan melaksanakan apa yang diangan-angankan. Namun dalam kisah hidup para sahabat Nabi S.A.W,hidup mereka "pendek" dengan angan-angan. Malah itulah prinsip hidup mereka yang menjadi kunci ketenangan yang mereka miliki! Prinsip itu ialah hidup dalam lingkungan hari ini dan tidak perlu bimbang yang jauh-jauh. Usah tercemar dengan esok yang masih samar-samar. Tugas manusia bukan melihat apa yang terletak jauh dan masih kabur di hadapan,tetapi bertindak dengan apa yang berada di genggaman. Itulah yang sering mereka pesankan. Mafhum hadis yang mengatakan bahawa jika mereka hidup pada waktu pagi,mereka tidak menyangka atau terus menangguhkan amalan kebaikan,juga tidak menangguhkan taubat daripada perbuatan kejahatan!


Dipetik daripada novel Di Mana Dia Dihatiku.

Btw aku suka sangat ayat2 hadis dan falsafah kat atas nie.. memberi maksud yang mendalam.. so,kurang lau baca,cuba fahamkan maksud nya betol2 k =) 

No comments:

Post a Comment